This Terms of Service is updated as of 22th of August 2025.
Terma-Terma Perkhidmatan ini dikemaskini pada 22th August 2025.
Thank you for choosing FAR Capital Sdn Bhd (“FC”, "we", "us", "our"). As we seek to provide you complete satisfaction on your purchase, you may contact us for any assistance and we are happy to help. These Terms and Conditions ("Terms") govern your purchase of tickets and attendance at the Financial Independent Retire Early (“FIRE”) event ("Event"). By purchasing a ticket, you agree to be bound by these Terms.
Terima kasih kerana memilih FAR Capital Sdn Bhd ("FC”, “kami"). Dalam usaha kami untuk memberikan kepuasan sepenuhnya atas pembelian anda, anda boleh menghubungi kami untuk sebarang bantuan dan kami sedia membantu. Terma dan Syarat ("Terma") ini mengawal pembelian tiket dan kehadiran anda ke acara Financial Independent Retire Early (“FIRE”) ("Acara"). Dengan membeli tiket, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.
You hereby acknowledge and agree that you shall indemnify on a full indemnity basis and hold the FC harmless from all or any actions, suits, proceedings, claims, demands, costs and expenses whatsoever which may be brought against, made upon or incurred by the us in the course of or arising out of the performance of your obligations (in particular, the duty of non-disclosure), or the exercise of any of its powers, duties or authorities under this Terms and Conditions save and except where such liability, loss or damage arises from the default and or negligence of FC or its employees.
Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda akan menanggung segala kerugian atas dasar indemniti penuh dan memastikan FC tidak terdedah kepada semua atau mana-mana tindakan, saman, prosiding, tuntutan, kos dan perbelanjaan apa pun yang boleh dituntut, yang mungkin dibuat ke atas atau ditanggung oleh FC semasa atau akibat daripada pelaksanaan kewajipan anda (khususnya, kewajipan untuk tidak mendedahkan), atau semasa menjalankan mana-mana hak, tugas atau kuasa di bawah Terma dan Syarat ini kecuali dan melainkan liabiliti, kerugian atau kerosakan tersebut adalah akibat keingkaran dan kecuaian FC atau pekerjanya.
If any part of this Terms and Conditions is declared invalid or void, the remaining parts of this Terms shall be valid and enforceable.
Sekiranya mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini diisytiharkan sebagai tidak sah atau terbatal, bahagian Perjanjian ini yang selebihnya adalah masih sah dan boleh dikuatkuasakan.
You may not assign any of your rights and/or obligations hereunder without the prior written consent of the FC.
Anda tidak boleh memindahkan mana-mana hak dan/atau kewajipan anda di bawah ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada FC.
Time wherever referred in this Terms shall be of the essence.
Masa di mana sahaja dirujuk dalam Perjanjian ini adalah diutamakan.
These Terms and Conditions will be governed and construed in accordance with the laws of Malaysia whereby parties shall also submit to the exclusive jurisdiction of the Malaysian Courts.
Terma dan Syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia di mana pihak-pihak juga tunduk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah-Mahkamah Malaysia.
You hereby agree and acknowledge that you have fully read and understood this Terms and Conditions and that you shall be bound by the provisions herein.
Anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Terma dan Syarat ini dan bahawa anda akan terikat dengan peruntukan di sini.
By completing your ticket purchase, you acknowledge that you have read, understood, and agree to these Terms and Conditions.
Dengan melengkapkan pembelian tiket anda, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.