TERMS AND CONDITIONS FOR FINANCIAL
INDEPENDENT RETIRE EARLY (“FIRE”) EVENT

This Terms of Service is updated as of 22th of August 2025.

Terma-Terma Perkhidmatan ini dikemaskini pada 22th August 2025.

01. PREAMBLE

MUKADIMAH

Thank you for choosing FAR Capital Sdn Bhd (“FC”, "we", "us", "our"). As we seek to provide you complete satisfaction on your purchase, you may contact us for any assistance and we are happy to help. These Terms and Conditions ("Terms") govern your purchase of tickets and attendance at the Financial Independent Retire Early (“FIRE”) event ("Event"). By purchasing a ticket, you agree to be bound by these Terms.
Terima kasih kerana memilih FAR Capital Sdn Bhd ("FC”, “kami"). Dalam usaha kami untuk memberikan kepuasan sepenuhnya atas pembelian anda, anda boleh menghubungi kami untuk sebarang bantuan dan kami sedia membantu. Terma dan Syarat ("Terma") ini mengawal pembelian tiket dan kehadiran anda ke acara Financial Independent Retire Early (“FIRE”) ("Acara"). Dengan membeli tiket, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini.

02. EVENT DETAILS

BUTIRAN ACARA

  1. Event Name: Financial Independent Retire Early (FIRE)
    Nama Acara: Financial Independent Retire Early (FIRE)

  2. Format: Physical Event
    Format: Acara Fizikal

  3. Date: 25th & 26th October 2025
    Tarikh: 25 & 26 Oktober 2025

  4. Time: 10:00 AM - 6:00 PM
    Masa: 10:00 Pagi - 6:00 Petang

03. TICKET INFORMATION & PAYMENT

MAKLUMAT TIKET & PEMBAYARAN

  1. This is a 2-day event. The session on Saturday will be conducted in Malay, and the session on Sunday will be conducted in English. Please refer to your ticket for your confirmed attendance day. Tickets are available for RM100 for one person or RM149 for two people. All ticket prices are exclusive of Sales and Service Tax (SST), which will be added to the final total at the time of purchase. Acara ini adalah selama 2 hari. Sesi pada hari Sabtu akan dijalankan dalam Bahasa Melayu, dan sesi pada hari Ahad akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Sila rujuk tiket anda untuk hari kehadiran yang telah disahkan. Tiket boleh didapati pada harga RM100 untuk seorang atau RM149 untuk dua orang. Semua harga tiket tidak termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang akan ditambah pada jumlah akhir semasa pembelian.

  2. Resale and Transferability of Tickets
    Penjualan Semula dan Kebolehpindahan Tiket

    (a) Tickets purchased for the Event are non-transferable and may not be resold or offered for sale.
    (a) Tiket yang dibeli untuk Acara ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dijual semula atau ditawarkan untuk jualan.

    (b) Any ticket that is resold or transferred in violation of this clause will be considered void, and the holder may be denied entry to the Event without refund.
    (b) Mana-mana tiket yang dijual semula atau dipindah milik melanggar klausa ini akan dianggap tidak sah, dan pemegangnya boleh dinafikan kemasukan ke Acara tanpa bayaran balik.

    (c) Tickets may not be used for any commercial purposes, including but not limited to advertising, promotion, or as part of a package with other goods or services, without the prior written consent of FC.
    (c) Tiket tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan komersial, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengiklanan, promosi, atau sebagai sebahagian daripada pakej dengan barangan atau perkhidmatan lain, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada FC.

  3. Ticket Validity and Responsibility
    Kesahihan Tiket dan Tanggungjawab

    (a) FC is not responsible for any lost, stolen, or destroyed tickets.
    (a) FC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tiket yang hilang, dicuri, atau musnah.

    (b) A ticket may be invalidated if it is altered, defaced, or if any portion is removed.
    (b) Sesuatu tiket boleh menjadi tidak sah jika ia diubah, dicacatkan, atau jika mana-mana bahagiannya dibuang.

    (c) Admission to the Event is only permitted with a valid, unaltered ticket.
    (c) Kemasukan ke Acara hanya dibenarkan dengan tiket yang sah dan tidak diubah.

04. REFUND POLICY

POLISI BAYARAN BALIK

  1. Non-Client Tickets 
    Tiket Bukan Pelanggan

    All tickets purchased are considered final. There will be no refunds for non-clients under any circumstances.
    Semua tiket yang dibeli adalah muktamad. Tiada bayaran balik akan diberikan kepada bukan pelanggan dalam apa jua keadaan.

  2. FC Client Tickets 
    Tiket Pelanggan FC

    For FC clients, the full ticket price is refundable. The refund will be processed automatically up to 7 days after the event, conditional upon your confirmed attendance and your continued presence until the conclusion of the Event. Refunds will be issued to the original payment method.
    Bagi pelanggan FC, harga tiket penuh boleh dibayar balik. Bayaran balik akan diproses secara automatik selepas acara, bersyarat atas pengesahan kehadiran anda. Bayaran balik akan dikeluarkan melalui kaedah pembayaran asal.

  3. Changes to the Policy
    Perubahan pada Polisi

    FC reserves the right to make changes to this refund policy. Any changes will be communicated to customers through our website or via email. It is your responsibility to review the policy periodically for updates.
    FC berhak untuk membuat perubahan pada polisi bayaran balik ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui laman web kami atau melalui e-mel. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak polisi ini secara berkala untuk sebarang kemas kini.

05. GENERAL CONDITIONS

SYARAT-SYARAT AM

  1. Liability: We are not liable for any personal property that is lost, stolen, or damaged at the event.
    Liabiliti: Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang harta peribadi yang hilang, dicuri, atau rosak semasa acara.

  2. Conduct: We reserve the right to remove any attendee from the event for disruptive or inappropriate behavior without a refund.
    Tingkah Laku: Kami berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta dari acara kerana tingkah laku yang mengganggu atau tidak wajar tanpa bayaran balik.


  3. Changes: We reserve the right to make changes to the event schedule, speakers, or venue if necessary. All changes will be communicated to ticket holders in a timely manner.
    Perubahan: Kami berhak untuk membuat perubahan pada jadual acara, penceramah, atau lokasi jika perlu. Semua perubahan akan dimaklumkan kepada pemegang tiket dengan segera.

06. PERSONAL DATA PROTECTION

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

  1. You hereby acknowledge and consent that FC, its associated companies, FAR Digital Ventures Sdn Bhd (“FDV”) and FAR Academy Sdn Bhd (“FA”) or any other authorised affiliates shall collect and retain your personal information, including but not limited to, your name, national registration identity card, gender, residential address(es), e-mail address(es), mobile phone number(s), financial information, credit score record(s), and any other sensitive personal data.
    Anda mengakui dan bersetuju bahawa FC, syarikat bersekutunya, FAR Digital Ventures Sdn Bhd ("FDV") dan FAR Academy Sdn Bhd (“FA”) atau mana-mana syarikat bersekutu lain akan mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama anda, kad pengenalan pendaftaran nasional, jantina, alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, maklumat kewangan, rekod kredit, dan mana-mana data peribadi sensitif yang lain.

  2. You hereby acknowledge that FC, FDV, FA and or authorised affiliates (including their authorised personnel) shall only collect and process your personal information for the following purposes:
    Anda dengan ini mengakui bahawa FC, FDV, FA, dan mana-mana syarikat bersekutu lain (termasuk kakitangan yang diberi kuasa) hanya akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:


    internal record; / rekod dalaman;

    • to keep you updated on any newsletters and new benefits available at the Company; and / untuk memaklumkan anda tentang sebarang surat berita dan faedah baharu yang tersedia di FC; dan


    • any other purposes permissible under the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA 2010”). / apa-apa tujuan lain yang dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA 2010”).

  3. You are put to notice that FC, FDV and FA have employed adequate security measures in place and in compliance with applicable laws and regulations in Malaysia including the PDPA 2010.
    Anda dimaklumkan bahawa FC, FDV dan FA telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia termasuk PDPA 2010.

  4. You may at any given time, request access to your personal data and update your personal data in order to correct your data.
    Anda boleh pada bila-bila masa, memohon akses kepada data peribadi anda dan mengemas kini data peribadi anda bagi membetulkan data anda.

  5. By submitting your personal data and agreeing to the terms herein, you consent to the use of that personal data on purposes set out above. Should there be changes to this policy, FC shall publish the updated version on our website.
    Dengan menyerahkan data peribadi anda dan bersetuju dengan terma di sini, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi tersebut atas tujuan yang dinyatakan di atas. Sekiranya terdapat perubahan pada polisi ini, FC akan menerbitkan versi terkini yang dikemaskini di laman web kami.


  6. Should you have any questions regarding the Company’s Personal Data Protection policy, please contact the Data Protection Officer at dpo@farcapital.com.my.
    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi Perlindungan Data Peribadi Syarikat, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data di dpo@farcapital.com.my.

07. CONFIDENTIALITY (DUTY OF NON-DISCLOSURE)

KERAHSIAAN (KEWAJIPAN UNTUK TIDAK MENDEDAHKAN)

  1. You hereby acknowledge and agree that all data, materials, and information, in any format, provided by FC during the Event shall at all times belong to FC and shall be treated as confidential.
    Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa semua data, bahan, dan maklumat, dalam apa jua format, yang dibekalkan oleh FC semasa Acara tersebut pada setiap masa akan menjadi milik FC dan akan dianggap sebagai sulit.

  2. For the purposes of these Terms, "Confidential Information" shall include but not be limited to, all information relating to each potential client; real estate property details and specific information shared only within FC’s events and groups (including but not limited to property developments or projects information by any real estate developer, events, businesses, plans, technology, finances, and affairs of FC including but not limited to customer records, databases; developmental, marketing, sales, supplier, consulting relationship information, operating, performance, and cost information, whether in tangible or intangible form but shall exclude any information which is:
    Bagi tujuan Terma ini, "Maklumat Sulit" termasuk tetapi tidak terhad kepada, semua maklumat yang berkaitan dengan setiap bakal pelanggan ; butiran hartanah dan maklumat khusus yang hanya dikongsi dalam acara dan kumpulan FC (termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat pembangunan atau projek hartanah oleh mana-mana pemaju hartanah, acara, perniagaan, rancangan, teknologi, kewangan, dan urusan FC termasuk tetapi tidak terhad kepada rekod pelanggan, pangkalan data; maklumat hubungan pembangunan, pemasaran, jualan, pembekal, perundingan, maklumat operasi, prestasi, dan kos, sama ada dalam bentuk ketara atau tidak ketara) tetapi tidak termasuk sebarang maklumat yang:

    those in the public domain or was publicly known or available prior to the date of the disclosure; or / berada dalam domain awam atau diketahui atau tersedia secara umum sebelum tarikh pendedahan; atau

    rightfully in your possession prior to the disclosure of such information. / berada dalam pemilikan anda secara sah sebelum pendedahan maklumat tersebut.

  3. You hereby undertake that you shall at all times, not disclose any Confidential Information obtained upon execution of these Terms save and except with the written consent of FC.
    Anda dengan ini berjanji bahawa anda pada setiap masa, tidak akan mendedahkan sebarang Maklumat Sulit yang diperolehi selepas pelaksanaan Terma ini kecuali dan melainkan dengan persetujuan bertulis daripada FC.


  4. You further undertake that you shall continue to be bound by such duty of non-disclosure upon expiration or termination of these Terms.
    Anda selanjutnya berjanji bahawa anda akan terus terikat dengan kewajipan untuk tidak mendedahkan tersebut setelah tamat tempoh atau penamatan Terma ini.


  5. In the event of a breach of the duty of non-disclosure herein, you hereby acknowledge and agree that you shall provide an account of profits and/or keep FC fully indemnified against all losses arising from such breach.
    Sekiranya berlaku pelanggaran kewajipan tidak mendedahkan di sini, anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda akan memberikan perakaunan keuntungan dan/atau memastikan FC diberi pampasan sepenuhnya terhadap semua kerugian yang timbul daripada pelanggaran tersebut.

08. REPRESENTATIONS AND WARRANTIES BY THE CLIENT

REPRESENTASI DAN JAMINAN OLEH PELANGGAN

  1. You hereby represent and warrants as follows:-
    Anda memberi representasi dan jaminan seperti berikut:-

    • you are 18 years of age or above; / anda berumur 18 tahun ke atas;

    the personal data and information provided to us are accurate and truthful; / data peribadi dan maklumat yang diberikan kepada kami adalah tepat dan benar;

    • you shall immediately notify us of any change in the information provided or communicated made to us, including but not limited to information regarding your corresponding address and/or payment details; / anda dikehendaki untuk segera memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan dalam maklumat yang diberikan atau yang telah disampaikan kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai alamat dan/atau butiran pembayaran anda;

    • in the event you intend to enter into a legally binding agreement or contract with any third parties in any circumstances, including but not limited to the acquisition, purchase, sale and rental of a property, you shall seek the appropriate independent professional advice and conduct independent due-diligence before proceeding as such; / sekiranya anda berniat untuk memasuki perjanjian atau kontrak secara sah dengan mana-mana pihak ketiga dalam sebarang keadaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemerolehan, pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah, anda dikehendaki mendapatkan nasihat profesional bebas dan menjalankan usaha wajar bebas sebelum meneruskan perkara tersebut;

    • you acknowledge and agree that FC shall not be held liable for any inaccuracies in the data, and that you assume full responsibility for verifying the information before using it for submission or application. FC makes no representations or guarantees regarding the absolute accuracy and completeness of the data. All data is subject to the conditions, limitations, and changes imposed by the relevant data providers. / Anda mengakui dan bersetuju bahawa FC tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang ketidaktepatan dalam data, dan bahawa anda menanggung sepenuhnya tanggungjawab untuk mengesahkan maklumat tersebut sebelum menggunakannya bagi tujuan penyerahan atau permohonan. FC tidak membuat sebarang representasi atau jaminan berhubung dengan ketepatan mutlak dan kesempurnaan data tersebut. Semua data adalah tertakluk kepada syarat, had, dan perubahan yang dikenakan oleh penyedia data yang berkaitan.

    • you acknowledge that there are inherent risks in any forms of investment to which you shall not hold the FC liable for any losses or damages incurred as a result of any unsuccessful investment arising from the financial screening result(s); / anda mengakui bahawa terdapat risiko yang wujud dalam sebarang bentuk pelaburan yang mana FC tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada pelaburan yang tidak berjaya yang berpunca daripada keputusan penilaian kewangan tersebut;

    you shall not resell the services rendered by FC or impose any charge on others to view the services, nor will you rebroadcast, reproduce, transmit, compress, modify, perform, display, record, publicly perform, duplicate, distribute, tamper, interfere, impose, remove, alter, add or delete the services in any form whatsoever; / anda tidak akan menjual semula perkhidmatan yang disediakan oleh Matchbank atau mengenakan sebarang caj kepada pihak lain untuk melihat perkhidmatan tersebut, dan anda juga tidak akan menyiarkan semula, menghasilkan semula, menghantar, memampatkan, mengubah suai, mempersembahkan, memaparkan, merekod, mempersembahkan secara terbuka, membuat pendua, mengedar, merosakkan, mengganggu, mengenakan, mengalih, mengubah, menambah atau memadam perkhidmatan dalam apa jua bentuk sekalipun;

    • you shall not record, copy or reproduce the services or any part thereof other than the purpose of private use as permitted by the Copyright Act 1987 (as amended from time to time); / anda tidak akan merakam, menyalin atau menghasilkan semula perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya selain untuk tujuan penggunaan peribadi seperti yang dibenarkan oleh Akta Hak Cipta 1987 (sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa);

    • you shall not either as a principal, agent, employee, employer, consultant, co-partner or otherwise, or in any other individual or representative capacity, directly or indirectly, render any services and/or engage with competitors that are in the business of property investment and property education products including, primary market properties for investment purposes; / anda tidak akan sama ada sebagai prinsipal, ejen, pekerja, majikan, perunding, rakan kongsi bersama atau sebaliknya, atau dalam mana-mana kapasiti individu atau wakil, secara langsung atau tidak langsung, memberikan apa-apa perkhidmatan dan/atau berurusan dengan pesaing yang terlibat dalam perniagaan pelaburan hartanah dan produk pendidikan hartanah termasuk, hartanah pasaran utama untuk tujuan pelaburan;

    you shall not interfere with the day-to-day operations and running of FC which shall include but not limited to, interference with other clients or and/or fettering their investment decisions; and / anda tidak akan mengganggu operasi harian Matchbank yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, gangguan kepada pelanggan lain atau dan/atau menjejaskan keputusan pelaburan mereka; dan;

    • you shall immediately inform us upon the discovery of any theft, piracy or other unauthorized usage of the services. / anda dikehendaki dengan serta-merta memaklumkan Matchbank apabila mendapati sebarang kecurian, cetak rompak atau penggunaan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan.

09. INDEMNITY

INDEMNITI

You hereby acknowledge and agree that you shall indemnify on a full indemnity basis and hold the FC harmless from all or any actions, suits, proceedings, claims, demands, costs and expenses whatsoever which may be brought against, made upon or incurred by the us in the course of or arising out of the performance of your obligations (in particular, the duty of non-disclosure), or the exercise of any of its powers, duties or authorities under this Terms and Conditions save and except where such liability, loss or damage arises from the default and or negligence of FC or its employees.
Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa anda akan menanggung segala kerugian atas dasar indemniti penuh dan memastikan FC tidak terdedah kepada semua atau mana-mana tindakan, saman, prosiding, tuntutan, kos dan perbelanjaan apa pun yang boleh dituntut, yang mungkin dibuat ke atas atau ditanggung oleh FC semasa atau akibat daripada pelaksanaan kewajipan anda (khususnya, kewajipan untuk tidak mendedahkan), atau semasa menjalankan mana-mana hak, tugas atau kuasa di bawah Terma dan Syarat ini kecuali dan melainkan liabiliti, kerugian atau kerosakan tersebut adalah akibat keingkaran dan kecuaian FC atau pekerjanya.

10. LIQUIDATED ASCERTAINED DAMAGES

GANTI RUGI YANG DITENTUKAN

  1. Without prejudice to the remedies in this Terms and Conditions and those available at law, you hereby agree that FC shall be entitled to claim from you as Liquidated Ascertained Damages in event of the following breaches:-
    Tanpa prejudis terhadap remedi dalam Terma dan Syarat ini dan yang sedia ada di sisi undang-undang, anda dengan ini bersetuju bahawa FC berhak untuk menuntut daripada anda sebagai Ganti Rugi Yang Ditentukan sekiranya berlaku pelanggaran berikut:-

    occurrence of fraud, theft, or misuse of other person’s information by you or any unlawful interference of our business and/or towards other clients – RM2,000.00 / berlakunya penipuan, kecurian, penyalahgunaan maklumat orang lain oleh pihak anda atau sebarang gangguan yang menyalahi undang-undang terhadap perniagaan FC dan/atau terhadap pelanggan lain – RM2,000.00

    breach of duty of non-disclosure - up to a maximum of RM 10,000.00. / pelanggaran kewajipan untuk tidak mendedahkan - sehingga maksimum RM 10,000.00.

11. SEVERABILITY

PENGASINGAN

If any part of this Terms and Conditions is declared invalid or void, the remaining parts of this Terms shall be valid and enforceable.
Sekiranya mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini diisytiharkan sebagai tidak sah atau terbatal, bahagian Perjanjian ini yang selebihnya adalah masih sah dan boleh dikuatkuasakan.

12. ASSIGNEES AND SUCCESSORS IN TITLE

PENERIMA HAKMILIK DAN PENGGANTI

You may not assign any of your rights and/or obligations hereunder without the prior written consent of the FC.
Anda tidak boleh memindahkan mana-mana hak dan/atau kewajipan anda di bawah ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada FC.

13. NOTICES

NOTIS

  1. Any communication or notice to us shall be in writing to our address at Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur and marked for the attention of the “Client Relations (CR) Department” or emailed to support@farcapital.com.my.
    Sebarang komunikasi atau notis kepada FC dikehendaki secara bertulis ke alamat di Office Suite 15-7, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur dan ditandakan untuk perhatian "Jabatan Perhubungan Pelanggan (CR)" atau menghantar e-mel kepada support@farcapital.com.my.
  2. Notices in writing shall be deemed received upon hand delivery or upon the fifth business day after posting.
    Notis secara bertulis akan dianggap diterima selepas diserahkan secara serahan tangan atau pada hari perniagaan kelima selepas pengeposannya.

  3. Notices by email shall be deemed received upon electronic confirmation of the transmission of the email.
    Notis melalui e-mel akan dianggap diterima selepas pengesahan elektronik penghantaran e-mel.

  4. Notice by way of the Matchbank website and the FC’s website or social media pages shall be deemed received upon the date of publication.
    Notis melalui laman web Matchbank dan laman web FC atau halaman media sosial FC akan dianggap diterima pada tarikh penerbitan.

14. TIME

MASA

Time wherever referred in this Terms shall be of the essence.
Masa di mana sahaja dirujuk dalam Perjanjian ini adalah diutamakan.

15. GOVERNING LAW

UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAPAKAI

These Terms and Conditions will be governed and construed in accordance with the laws of Malaysia whereby parties shall also submit to the exclusive jurisdiction of the Malaysian Courts.
Terma dan Syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia di mana pihak-pihak juga tunduk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah-Mahkamah Malaysia.

16. GENERAL

UMUM

  1. Preambles, schedules and annexures wherever referenced shall be deemed to be essential part of this Terms.
    Mukadimah, jadual dan lampiran di mana sahaja dirujuk akan dianggap sebagai bahagian penting dalam Perjanjian ini.

  2. Words imparting the singular number only shall include the plural and vice versa.
    Perkataan yang memberikan makna nombor tunggal hanya hendaklah termasuk penggandaannya dan sebaliknya.

  3. No failure or omission by either party to carry out the terms and conditions of this Terms will give rise to any claim against the party in question or be deemed a breach of these terms and conditions if such failure or omission arises from any cause beyond the reasonable control of that party.
    Kegagalan atau ketiada-tindakan oleh mana-mana pihak untuk melaksanakan Terma dan Syarat di sini tidak akan mengakibatkan sebarang tuntutan terhadap pihak yang berkenaan atau dianggap sebagai pelanggaran Perjanjian sekiranya kegagalan atau ketiada-tindakan tersebut adalah di luar kawalan munasabah pihak tersebut.

  4. This Terms and Conditions constitutes the entire understanding between parties whereby all prior or contemporaneous agreements, understandings, representations and statements shall be merged into and superseded by this Terms.
    Terma dan Syarat ini merupakan keseluruhan persefahaman antara pihak-pihak di mana semua perjanjian, pemahaman, representasi dan pernyataan sebelum ini akan digabungkan dan digantikan oleh Perjanjian ini.

  5. This Terms and Conditions shall not be modified and amended save and except with mutual agreement in writing between parties.
    Terma dan Syarat ini tidak akan diubahsuai dan dipinda kecuali dan melainkan persetujuan bersama secara bertulis antara pihak-pihak.

  6. No failure of a party to insist upon strict performance by the other party of any of the terms and conditions of this Terms shall constitute or be deemed as a waiver of any such term or condition. Any waiver thereof shall be done in writing.
    Tiada kegagalan mana-mana pihak untuk menegaskan pelaksanaan yang ketat oleh pihak satu lagi terhadap mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini akan membentuk atau dianggap sebagai pengecualian terhadap mana-mana terma atau syarat tersebut. Sebarang pengecualian daripada itu hendaklah dibuat secara bertulis.

17. COMPREHENSION OF TERMS AND CONDITIONS

PEMAHAMAN TERMA DAN SYARAT

You hereby agree and acknowledge that you have fully read and understood this Terms  and Conditions and that you shall be bound by the provisions herein.
Anda dengan ini bersetuju dan mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Terma dan Syarat ini dan bahawa anda akan terikat dengan peruntukan di sini.

18. ACCEPTANCE OF TERMS OF SERVICE

PENERIMAAN TERMA-TERMA PERKHIDMATAN

By completing your ticket purchase, you acknowledge that you have read, understood, and agree to these Terms and Conditions.
Dengan melengkapkan pembelian tiket anda, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.

Table Of Contents